Monday, September 23, 2013

Bagai Jatuh Ditimpa Tangga

Assalamualaikum. Nak di jadikan cerita hari ni first day start class untuk consultant takaful. Tapi, ya Allah, bertimpa2 dugaan aku dapat. Dari mula2 keluar, sampailah balik ke rumah. Macam2 benda jadi. Capek banget ! Tapi cuba gak untuk tarukkan dalam kepala hotak aku ni, " think positif shila, think positif ! "  Kalau tak memang negatif memanjang otak aku ni. Mula2 pagi tu, class start 9:30 pagi, dekat pukul 10 kot aku sampai. Tapi before tu da siap2 start kereta, bukak2 fon aku battery low pulak, aku baru nak mesej leader aku cakap lambat sikit, terpaksa patah balik masuk rumah ambil netbook untuk cas henpon. Saat2 ni lah aku baru nampak kepentingan power bank. Lewat tadi gara2 tengok Tegar kat MHI. hahaha Tapi nasib baik leader aku sporting dan cakap, takpe shila. Suka aku tau. Suka2 jugak, elok aku sampai, kuliah dah start separuh da, meronta2 lak nak pahamkan balik. Ambik kau !!! 



Camni la jadi bila takde power bank


Balik tu singgah mydin jab, da tawaf dekat dua pusingan, baru dapat parking. Elok masuk parking, eh2, sempit lak, camne aku nak keluar nanti, nak buka pintu pon tak lepas. Kang tak pasai2 jiran parking sebelah pon tak boleh masuk kereta. Keluar balik aku sambil diperhati oleh pekerja kedai pakaian hari2 tu. Sadis shila, sadis sangat ! Dah buat U-turn, dapat la parking ngam2 dan aku bujet kejab je, sebab aku nak beli minyak je pon, masukkan syiling 20 sen untuk 15 minit. Dah masuk mydin tu, memang terus aku tuju ke tempat minyak masak. Dah ambil minyak tu, aku duk tengok Pak Cik sebelah aku ni duk tongeng2 botol minyak tu. Dah kenapa? Aku jenis busy body, nampak muka Pak Cik tu pulak macam ala2 mesra alam gitu. Apa lagi, dialog pun bermula lah. Memang mesra alam sangat Pak Cik ni tau. Aku tanya sikit je kot pasal minyak yang takde kolestrol, sekali, dari A ke Z die story2 kt aku. Sampai ke susu, oat untuk kolestrol masuk sekali. Aku pun melayan je, yang lagi tak leh blah nya, da elok2 Pak Cik tu nak beransur pergi, boleh pulak die patah balik bercerita pasal minyak sayur pulak kat aku. Pak Cik ni memang minat bercerita dengan aku agaknya, think positif kan.. 

Dah siap bayar semua, pegi kat kete, duk drive nak balik tu, adelah after 2 km aku drive, baru aku pasan ade sejenis kertas duk berlipat elok je kat wiper kete abah aku. Hahaha Aku macam dah boleh agak kertas apekah itu. Kalau suruh jawab exam, memang full mark plus bintang2 lagi aku boleh dapat. Walaupun ni baru first time aku dapat surat kompaun tapi aku dapat teka surat yang berlipat terselit elok atas wiper tu adalah surat cinta dari Majlis Perbandaran Kota Bharu. Sayang sangat kat awak tau wahai MPKB ku, terlebih beberape minit je pon. Penyudahnya, tunggu sampai rumah lah baru aku ambil bendalah resit tu. Elok sampai kat rumah, call2 bagitau Encik Abah semua, terus keluar balik, sebab aku nampak kat resit tu, de tulis kalau bayar hari ni, rm5 je, tapi dalam bahasa formal die la, takde la ayat sebijik cam aku tulis tu. Dan dengan berbangganya, inilah hasilnya. Lima hengget duit aku untuk topup da melayang kat bendalah ni disebabkan kelewatan beberapa minit sahaja. Menangis tak berlagu. :'(






Dah siap pegi bayar semua ni, teringat dekat si Dhia, ajak die makan2 jab before aku nak pegi ambil adik aku sekolah. Carik2 parking depan Uitm KB tu takde, carik depan sikit kat pejabat pos, nampak ezora keluar, lepas la kereta aku untuk parking ni, sekali depan punya depan, grekk,,, de bunyi. Boleh agak aku da langgar something. Rupa2nya aku langgar divider parking. Alahai, dah kali ke berapa da aku mencalarkan kereta bapak aku ni. Sorry Encik Abah. Calar sikit je kat bawah. Menangis tak berlagu lagi mengenangkan Encik Abah dapat anak bertuah yang suka merosakkan harta benda dia dengan tidak sengaja.. :'(

Dah makan2, borak dengan Dhia, call la Khalilah, lama tak jumpa kan, ajak jumpa. Dia duk rumah sewa, so nak la pergi rumah sewa dia. Duk cakap call2, tetiba henpon aku yang cas tak sempat penuh sebab bateri netbook adik aku tu pun da nak abeh bateri jugak mampos dengan sendirinya. Masa tu aku betol2 duk bengong2 depan simpang, xtau nak masuk simpang mana, jalan pulak sempit kemain lorongnya, dan aku rasa macam, ape ke benda nya ni? Menyebabkan aku carik simpang sendiri, penyudahnya simpang tu keluar balik ke jalan raya. Tukar la simkad kat henpon BB sebab nombor maxis aku kemiskinan kredit yang bateri pn tak bape nak ade jugak, cam gini la, fon canggih2, bateri tak bape nak canggih..

Hajat di hati nak call lah Khalilah cakap tak jadi jumpa, sekali Khalilah cakap duk tunggu aku kat simpang tu. Gampang ! Takkan lah nak mengecewakan orang, aku pun U-turn untuk kali ke2 depan KBMall tu masuk balik jalan sempit tadi yang  muat2 je kete aku nak masuk. Akhir, setelah berpusing2 mencari jumpa lah, elok je aku masuk parking dalam rumah sewa dieorang tu. Dah masuk rumah dieorang, nak balik ambik adik aku sekolah, problem nak keluar parking pulak takleh. Sebab sempit sgt, apakah bendanya ini? Nak menangis? Tak boleh da nak nanges sebab pikir nak kuar parking je, aku duk ke depan, ke belakang, ke depan, ke belakang, tak lepas2 sebab aku tak confident dengan site dia. Dan dipendekkan cerita, sebab aku dah rasa macam panjang sangat essay untuk cucu cicit aku ni, nak call Khalilah suruh turun tolong tengok2 site aku nak keluar, operater pulak yang jawab " sila reload kredit panggilan anda " ...

Aku baru je topup kot, ape ke halnya ni????? Rupa2nya, si BB kesayangan aku dengan sendirinya pegi telan kredit aku untuk daily BIS, sebab BIS monthly aku tamat tempoh. Kau memang tak mintak kebenaran aku kan? Gampang sangat, ikut hati rasa nak lempang je kau BB ! Cukup2 je de 2 sen, untuk aku mesej mintak Khalilah turun. Nasib baik Najwa la yang tolong keluarkan kereta sementara aku jaga site sebab si Khalilah baru test JPJ. Siap dah beratur 2 bijik kereta kat belakang menunggu kete aku keluar, jalan sempit kan. Nasib badan lah kan..

Dan alhamdulillah, balik dengan selamatnya aku tanpa ada lagi ujian yan g boleh membuatkan aku menangis tak berlagu. Ape2 pun, think positif shila. Ujian untuk aku hari ni adalah penghapus dosa aku. Agaknya, banyak kot dosa aku sampai camtu jadinya. Banyak sangat problemnya. Adakah dosa sebab aku tak tambah syiling parking kereta??? Sekian, adios !

No comments:

Post a Comment