Tuesday, September 17, 2013

Lata Tembakah

Assalamualaikum. Semalam hari Malaysia kan? Selamat Hari Malaysia lah ye. Saya bangga menjadi anak Malaysia ! Nyanyi sikit, saya anak malaysia, saya anak malaysia, Haaa, gituuu... Macam status2 kat facebook tu ler. Sempena Hari Malaysia ni, kami anak beranak yang tak berpinak lagi ni, sebab yela, aku mana la beranak lagi kan, that why takde pinaknya, pergi berpicnic campur dengan berbbq di Lata Tembakah, Ganu. Ganu kiteeee ! Adeiii..

Punya lah semangat aku nak pegi picnic, sebelum subuh dah bangun masak sebab nak gerak awal. Bujet gerak pukul 7, sekali 8 suku gak geraknya. dekat sejam lebih sampai kematu bontot aku duk dalam kete, dan akhirnya sampai jugak. Tapi yang membuatkan aku heran, asal takde orang? Dekat park kete, 3 buah kete je termasuk kete aku? Dah kenapa? Salah tempat ke? Elok da terpampang besor2 Hutan Lipur Lata Tembakah..


Perjalanan yang lama, snap sampai blur gambar

Nak masuk tu, Encik Abah cakap kena bayar. Eh? First time aku pergi air terjun kena bayar. Dah datang, takkan kau nak patah balik kan? Dua hengget je pon satu kepala, kalau kau rasa kau tu budak kecik, sehengget je kau bayar. Tak banyak pon, dengan gembiranya aku keluarkan duit nak belanja. Tapi kalau mai anak beranak pinak, sila bayar sendiri ye. Miskin aku nanti. Dah siap lapor diri semua, nak g usha2 tempat dulu, first time kan, memang best, takde orang langsung, ada je tapi tak ramai, jalan punya jalan, naik punya naik, da jumpa tempat yang serius, paling jauh dari orang la bak hang. Sekali, termengah2 lak angkut barang2 makan wat naik. Kadang2 tak nampak kebijaksanaan aku kat situ..


Tempat dia sangat2 cantik view dia, suka sangat. Tenang dan damai je. Rasa macam banyak sangat aku serap oksigen segar dari hutan tu. Memang berbaloi bayar dua hengget, sebab tempat tu memang di jaga elok, bersih, cantik. Tandas pon bersih even tandas cam tandas time campaign dalam hutan je. Ade surau, chalet kat dalam tu. If nak duk lama pon boleh sebab memang luas sangat tempat dia. Kalau tak silap aku ada 5 tingkat air terjun, yg setingkat pon da bermeter2 sampai 20 minit berjalan, aku tak tau la tingkat bape aku bertapak, ke takde tingkat lagi, rasa macam dah tinggi benau gamaknya aku memanjat dan berjalan..

                         

Banyak tempat yang lawa yang boleh snap2, berfotogedik, berphotoshot, tapi aku tak menyempat buat semua tu. Excited dan teruja nak mandi macam tak mandi setahun lagi melebihi segala2nya. Dan jumpa tempat yang selesa, keseorangan laa Puan Ibu duk berbbq, anak beranak termasuk Encik Abah pun bersama2 mandi manda. Time tu awal lagi, tak ramai lagi yang datang. Lepas tu, pandang2 belakang je, mak aihhhh, bile dieorang semua ni mai? Serius tak pasan, bila kau duk syok2 mandi, tetba kau pandang belakang, penuh orang berpusu2 jalan. Kalau tadi sunyi je kitaorang duk mandi, datang geng2 yang ntah dari mana, teros menapak naik cari makanan. Reti lapar gak ! 




Kemain bergambar semuanya ye. Syok tak abeh lah cakap kat korang. dari pagi2 aku pergi, dah bertukar dua trip da orang laen, kami duk main2 air lagi. dekat2 pukul 3 baru reti nak balik kan. Mana tak nya, panjat batu ni, panjat batu tu, Encik Abah yang start, kami anak2 mengikut. Ni mesti Encik Abah nak mengimbau kenangan mandi manda masa muda2 dulu ni. hahaha

Dah siap mandi, berjalan nak sampai kat parking tu, hajat hati nak pegi hantar barang2 je, pastu nak pegi teroka lagi, bila patah balik, abah dah ajak balik da. Masa tu nak menangis pon rasa ada, penat kami jalan, sanggup patah balik semata2 nak mandi lagi, sekali berjalan balik pulak. Memang aku tak tukar baju, pakai kering macam tu je baju suar aku. Elok abah berhenti kat masjid tok solat zuhur, kitaorang mandi kat situ pakej dengan tukar baju. Cantik sangat masjid nya. Dah macam rupa rumah da..



Akhir sekali gambar dari kami sekeluarga tak cukup member sebab yang lain tak muat nak masuk kamera. Serius tak rugi pegi Lata Tembakah, tempat cantik sangat. Kalau nak datang, make sure datang awal pagi, kalau tak nak menangis carik tempat kosong nak duduk. Serius ramai, mostly gambar aku snap time pagi2 takde orang, after tu, dah ramai orang, bermandi manda lah keje..

Sekian, Adios !


No comments:

Post a Comment