Tuesday, February 12, 2013

CHILDHOOD MEMORIES

Assalamualaikum and hye everyone???
waktu2 kecil dulu, pernah tak korang maen pondok2? kalau macam aku ni, kampung girl yang tak berapa nak kampung sangat ni, banyak sangat pengalaman main pondok2 nie. suka sangat aku dengan permainan tu masa kecil2 dulu. kalau urban girl tu aku rasa memang tak pernah main permainan sebegini. diaorang main pe je, main patung barbie tu. aku? patung barbie pun aku tak kenal waktu tu.. *sila pecaya*


sewaktu kecil dahulu, *ayat nak skema* memang tak boleh nak lari lah dari permainan pondok2 ni selain dari main teng2 semua tu kan. waktu aku kecil2 dulu, aku selalu main pondok2 yang pelbagai scene. kalau setengah orang, pondok2 ni maen ape je, maen masak2, kau jadi bapak, aku jadi mak, korang jadi anak. tak termasuk jiran2 lagi tu..

kalau geng2 aku waktu kecil dulu, kitaorang selalu berdrama scene hantu. memang jarang dibuat orang ataupun tak pernah di buat dek orang agaknya. maen pulak kat rumah kawan aku nie. sinopsisnya, kitaorang ada kawan, tapi kawan kiaorang tu hilang, then tetiba kawan kitaorang tu jadi hantu. dan2 je hilang, pastu jadi hantu pulak kan. hantu tu pun, menganggu lah hidup kitaorang..

disebabkan mak bapak kawan aku ni keluar, diaorang suruh kami jaga rumah. memang kami jaga habis lah. rumah jadi lokasi pergambaran kami. jangan kau main2. waktu kecil2 dulu, time tula semuanya berbakat kan..

kadang2 kitaorang buat drama kaitan dengan perkahwinan. disebabkan waktu tu aku di kalangan yang paling besar, so kami buli yang kecil dari kitaorang suruh jadi pegantin. waktu tu, periuk kat dapur, semua kami rembat then wat jadi kompang. mulalah kompang dipalu,,,, haaa, pusing2 satu taman berarak. sumpah lawak dan bodoh pulak rasa bila ingat2 balik saat2 dulu..

pernah jugak dulu, kitaorang wat bisnes. kat kawasan taman tu, kitaorang letak meja kat lorong2, then jual lah pape. jual air lah, junk food lah. tapi yang paling tak boleh blah nya, bukak 2 ke 3 meja, konon2 gerai lah kan, pembelinya di kalangan kitaorang jugak. masa tu, kami tak tahu lagi erti debit, kredit, profit semua ni. main gasak je..


kalau lah waktu kecik2 dulu, ada satu tempat khas untuk kitaorang bermain pondok2 macam gambar kat atas ni kan best. takde lah kitaorang jadikan rumah masing2 sebagai lokasi pergambaran kan. pernah jugak dulu, kawasan taman tu, tengah wat kawasan perumahan baru. elok je pekerja2 pembinaan rumah tu balik, memang kami conquer lah tempat tu. rumah belum siap, entah rumah sape2 ke kan, kami wat jadi rumah kami..

zaman kecil2 dulu, memang macam2 permainan yang kita bermain. sampai kan tak ingat balik rumah. pukul 5 keluar, dekat pukul 7 pun tak reti nak balik rumah lagi. yang tu aku lah ! pernah sampai satu tahap, nenek aku datang jemput aku balik. hahaha bikin malu jew..

tapi, zaman kanak2 lah paling terbaik. tak payah fikir pape masalah. pikir nak bermain je. and sometimes, kitaorang boleh maen sekolah2. kau jadi cikgu, aku jadi anak murid. time tu, boleh siapkan homework sama2. konon2 ulang kaji dengan cikgu kan. yang pasti, cikgu mestilah tua dari kitaorang. kalau muda dari kitaorang, rosak lah pembelajaran kami.. hahaha

waktu2 cuti sekolah, lagi best bermain. keluar dari pagi, petangnya baru kenal rumah. sampaikan makan pun dah tak ingat dah. kalau dapat bermain, makan pun dah tak ingat. pernah jugak, balik waktu tengahari, ambil nasi, pastu kumpul balik ramai2, makan sama2. best sangat2 saat tu. rindu nak balik zaman kanak2 ni..

andai waktu boleh diputar, aku nak jadi kanak2 je. even asyik kena piat telinga je sebab balik lambat, tapi tu yang bestnya. hari ni kena piat telinga, esok cuti, lusa pergi bermain balik. last2 parents aku diamkan saja. dah besar sekarang ni pun, aku masih lagi degil, inikan pulak waktu kecil2 dulu. degil kemain..

tiba saatnya memblahhh kan diri ini. sebelum banyak lagi benda yang aku bebelkan, better aku blah sekarang. trimas and wassalam.. :)


No comments:

Post a Comment