Tuesday, February 5, 2013

SINGLE AND NEVER COUPLE

Assalamualaikum?? Hye??

sekarang ni zaman moden. jarang sangat nak jumpa orang yang tak pernah couple kn? let say lah in one class tu, boleh dikatakan 90% students tu pernah couple or sedang couple. susah nak carik orang yang tak pernah couple ni. kalau yang single time tu pun maybe dulu2 pernah couple then taknak couple dah sebab dah ada pengalaman putus cinta and fobia at the same time, mungkin adalah kan. tapi yang sememangnya tak pernah couple dan tak pernah kenal apa itu erti cinta lah kan, yang tu memang sangat2 susah nak jumpa..

actually dalam class tadi, aku duk berborak lah pasal single and never couple ni with my friend. rasanya tak perlu kot sebut nama dia kan. nampak tak? in class, kitaorang boleh tak focus time sir tengah lecture, and siap bercakap benda yang tak sepatutnya lagi. dala duduk kat depan sekali, borak je keje. please, don't follow this attitude. di sebabkan lecturer tu duk lecture benda yang sama plus dengan perut aku duk memulas2, so aku jadi hilang fokus kejab.. hehehe

okey, continue.. tadi my friend cakap kat aku yang dia sedih, sebab takde pakwe dan tak pernah bercinta. dan aku sebagai penasihat yang tak bertauliah lagi melalut punya nasihat tu bagi lah nasihat yang ntah pape. dan rasa macam nak lempang diri sendiri pun ada at that time kan..



bagi aku lah kan, aku respect kat siapa2 yang tak pernah couple ni especially perempuan lah kan. sebabnya, orang yang tak pernah couple ni adalah orang yang sangat2 special and sweet sebenarnya. dulu, masa zaman sekolah dulu, time aku tak berapa nak baligh sangat kan, prinsip aku taknak bercinta. sebab kalau boleh, cinta aku tu just untuk my husband. that why, masa sekolah dulu, kawan2 aku ade je yang couple, tapi aku tak pernah couple. kalau skandal2, admirer orang tu memang berlambak2 lah kan. jahil betul perangai aku ni dulu. but, bukan nak mempermainkan orang ok, just want to be a friend..



sweet kan, kalau cinta kita ini hanya ditujukan untuk yang halal je? betul tak? my friend pernah cakap yang dia pernah terdengar yang Ustaz Azhar Idrus pernah cakap, wanita yang selayaknya diberi wang hantaran yang beribu2 ni adalah wanita yang tak pernah bercinta or bergaul dengan lelaki. kalau bab ni memang aku boleh disenaraikan dalam out of the list lah kan. so, kepada those yang tak pernah bercinta ni, korang tak perlu bersedih pun sebab cinta korang tu terlalu berharga and just yang halal je mampu memiliki cinta korang tu. how so sweet right??

pernah tak korang terbayang, suatu saat nanti, bila sampai jodoh korang, husband korang mesti akan rasa bangga sangat sebab dapat wife macam korang, yang tak pernah melabuhkan cinta pada orang lain tapi sebaliknya setia menunggu dia. itu bermaksud orang yang tak pernah bercouple ni sangat mahal nilai cinta dia kerana cinta dia hanya pada insan yang halal. ya Allah, bagi aku benda tula yang tersangat2 sweet yang pernah menjadi impian aku waktu dulu..



sebenarnya bila da kawin ni lah yang bestnya, sebab boleh romantik lebih2, bebas je nak buat pape, nak pegang ke, nak dukung ke, nak peluk ke, lantak pi korang, yang penting dijamin halal dan diberkati Allah lagi. prinsip aku masa sekolah tu tak tau lah pi mana, kot2 lah aku tertinggal kat mana2 ke kan. sebab aku terbagi cinta aku kat someone ni, tapi bukannya niat untuk hilangkan bosan or something else kan, memang niat aku, nak menjadi makmun kepada dia suatu hari nanti, cuma terawal pulak aku bagi..


tapi yang pasti jodoh tu semua di tangan Allah, aku just mampu merancang, dan aku berharap dalam tangis doaku kepadaMu ya Allah , suatu saat nanti, dia benar2 menjadi imamku dunia akhirat, insyaallah. tapi yang menentukan segala2 nya adalah di atas sana iaitu Allah s.w.t. dan semua tu adalah rahsia Allah. kita tak mampu melawan takdir yang dah Dia tentukan. aku pun nak one day, my husband bangga dengan aku, sebab setia menunggu dia datang tanpa serahkan cinta aku pada yang tak halal bagi aku, tapi mungkin silap aku lah kan. dan aku cuma mampu berdoa, agar cinta yang telah aku serahkan ini adalah yang sebetulnya yang telah termaktub di Luh Mahfuz, mungkin sekarang, dia bukan yang halal bagi aku, tapi insyaallah jika benar dia jodoh aku, walau jauh mana kami berpisah, walau jarak yang menjadi penghalang cinta kami, aku percaya kalau sudah tertulis di Luh MahfuzNya yang dia adalah jodoh untuk aku, sejauh mana kami mengelak sekalipun, kami akan disatukan kembali keranaNya. 


okey, dah sampai saat untuk aku memblah kan diri aku sebelum banyak lagi benda yang akan aku bebelkan. kepada those yang tak pernah bercinta, u all so special and sweet sangat sebab nilai cinta korang sangatlah mahal. tapi bagi those yang sedang bercinta, bukan nak cakap cinta korang tak bernilai, tapi aku sendiri tak  reti nak cakap macam mana. yang pasti, yang dah berpasangan, kita berdoa supaya, insan itu adalah insan yang halal bagi kita suatu hati nanti. kan? sweet tak?


masa untuk tiang bernyawa mencari makanan, lapor dah nie. yang pasti nasi yang buat kita kenyang, bukannya cinta. ok let go. thanz and wassalam.. :)

17 comments:

  1. alahaiiii, tak sangka ikin ni sweet orangnyaaaa ..... BBHAHAHHAHAHAHAHAAAAAAAA *anak tekak berlari-larian

    ReplyDelete
  2. yes ikin ! u so suweetttt muwetttt.. hahaha

    ReplyDelete
  3. kannnnn.... beruntungnye sape laki kiteee ... ahakkssss . taktak. gurau je :p

    ReplyDelete
  4. Thanksss! Saya umur 25 tahun dan saya tak pernah couple dan bercinta. Doakan suami saya ad sedang menanti saya. Terima kasih utk entry ini :)

    ReplyDelete
  5. seliparpink : saya sentiasa doakan akak mendapat jodoh yang terbaik dari kesetiaan akak menunggu. :) sama2, n terima kasih sudi baca blog saya yang tak seberapa ni.. :)

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Same here, x pernah rs camna kapel..setelah keja tetap sentiasa single.If kwn tny ai ckp ja ada bf.padahal coverline.I still single until now.still wondering if anyone could be my mr.right. I believe Allah SWT hv create my destiny.

    ReplyDelete
  9. huhu..i satu dlm sejuta laa.hahaaha..yes!!mmg tu la prinsip i.cinta LIMITED EDITION..bkn memilih tpy rse xkn nk take away terus kannn..sometimes kite kne wat audition session..

    ReplyDelete
  10. saya lelaki umur 31 tahun masih bujang belum pernah bercouple...gelap masa depan bayang pun tak nmpk lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same here with me...x pernah ada seseorang ...tapi saya yakin dengan ketentuan Allah....😬

      Delete
  11. saya dah 27, tak pernah couple..kalau gtau Kawan Kat kerja memang tak caya..alahai memang mustahil sangat agaknya..

    ReplyDelete
  12. sy umur 27 tahun skg da x kerja d sebabkan sakit tp skg da ok da tp susah nk cr kerja balik n pasal couple ni hmmmm sy pernah la couple dalam smschat dulu tp couple face2face x pernah nk cr kawan pmpuan pun susah apa lagi couple sy ni suka chat awek kt fb nk kenal2 tp skg da berbeza x dlayan pun sy pn da bosan dengan apps whatsapp fb wechat mcm no function utk cr kenalan huhuh hidup sy memang membosankan da la x kerja x awek lagi ramai kawan da beranak pinak ade couple sy mcm ni la sampah fakkkk I hate my life I dont know what to do hidup sunyi sepi xde kebahagiaan empty kosong perasaan yg sy rasakan selama ni menjadi duri pisau dalam hati sy nobody care about me im sickkkkkk.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. keadaan ko sama dgn keadaan aku cuma jln cite jee lain..pasal kau ckp yg ko rase kn mnjdi duri pisau dlm hati tu aku memang phm sgt2 sbb aku pon bgitu hny org paham jer yg tau bnde perih mcm nih..kdg2 aku try tgok sekeliling kdg aku trnmpak ade pasangan suami isteri bawa anak2 mereka-ade bf dating ngn bf smbil2 ronda naik moto..klau nsib mcm smpah begini tetap akn smpah rse losee gile ..

      Delete
  13. aku 29-aku rase aku akan mmbujang smpai ke tua kelak sbb dh nmpak suram dh di dpn dgn rupa senjakala begini sapa mahu pndang org sebigini rupa..klau bab brcinta nih memang tk prnah ada sbb rse cm tk sepadan brkawan ngn pmpuan sbb diri nih ada kekurangan dkt diri ini tkot nnti diorang rse cm loya anak tekak lak..perasaan nk kwn ngn pompuan tu ada tpi msih ragu2 tkot diorang maki ketika mau tackle..erm tpi tulah memang dok rse kiteorang akan mmbujang smpai ke tua ..kdg2 rasa perasaan sunyi sepi dtg dri jauh melalui hati ..aku tk tau bgaimana mau memulakan semua ini dn rse down sgt2 tpi bnde2 cm gini aku dh agak dri awal memang hidup aku ini ibarat smpah tk brtong loser org yg senjakala ini kwn2 pon kdg2 mereka jdi malu nk dekat yela sbb kita rupa pon kurang jdi mereka nk dkt pon tgok keadaan.memang aku lahir sebagai seorang manusia smpah .
    🕇klau smpah tetap sampah
    ✡pencundang azali
    ⛌tiada tmpat hati untuk aku brgayut di lain hari..
    🚺jodoh dh tk akan smpai bila2
    🏁why trees are green🌳

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sampai keluar agama bro. Apa tu salib cross bagai. Aku pun wanita tak pernah kapel. Tapi aku tak pernah jauh drpd Allah. Rasulullah manusia yg diuji tidak memiliki ibu bapa, ahli keluarga dan ank lelaki. Lagi berat ujiannya berbanding kita semua. Takpe dunia ni kita miskin jangan smpai kat akhirat pulak kita miskin jugak. Kena jadi org kaya kat akhirat. Islam itu satu nikmat besar dah tu kpd kita semua wlpun takde pasangan hidup. Sy bermimpi pasal bro tadi pasal ade org nk kluar agama bro. Sy rasa org tu ialah bro dlm mimpi sy.

      Delete
  14. Aku seorg wanita berumur 31 tak pernah kapel. Wlpun nmpak seperti smpah dan tak berguna tapi aku masih bnyk beribadat kpd Allah dan tak tggal solat. Takde sape pandang aku. Kalau laki pandang aku pun bukan diorg nk kawin dgn aku tapi diorang nk permainkan atau sakitkan aku. Diorg sengaja. Kawan baya aku sume dh kawin tggl aku seorg.Org rampas rezeki aku, bagi aku sihir, tggalkan aku sendiri, buat jahat kat aku, taknak tgok nikmat hidup org lain, sbb dengki, itulah yg terjadi kat aku. Aku sedih. Org kn tk nk tgok org lain lebih dari dia....dia dengki. Tgok pempuan tu gaji tggi dia tak suka. Pastu nk amik rezeki org lain. Pastu Tuhan bagi bala la apa lagi. Mana blh amik hak org lain. Nak kawin pun dgn betina cantik up to date perangai hati busuk mngalahkan org kafir...senang2 nk amik hak org.

    ReplyDelete