Sunday, May 5, 2013

Rindu nak training taekwondo

Assalamualaikum..

Tengah duk chatting kat facebook dengan budak taekwondo tadi, tetiba rindu nak training taekwondo. Since 2005 lagi aku menceburi minat ni, *menceburi? skema je* so aku dah terbiasa dengan sepak terajang, tumbuk menumbuk ni semua. Tapi tu tak bermakna lah aku boleh di tumbuk or diterajang oleh korang dengan sesuka hatinya kan?? Dan juga tak bermakna aku boleh protect diri aku dari di tumbuk dan di sepak oleh musuh aku.. 

Aku join taekwondo masa aku form1 kat sekolah dulu, bukan lah sebab minat, tapi sebab ajakan dari kawan. Last2, kawan2 aku dah berhenti, aku pulak berjaya mengejar black belt. " Black Belt??? fuyooo.. tkot la ngan awk " hahaha Part yang aku selalu terasa rendah betul diri ni. Even aku ada black belt, tak bermakna aku ni ganas. Lembut lembut tau aku ni.. *ok, yang ni perasan*

Best tau join taekwondo. Jangan fikir, korang ni perempuan, tak boleh join taekwondo. Ganas sangat. Hilang kelembutan yang ada. Meh sini nak habaq bagi, even aku ni takde lah lemah lembut sangat, tapi budak2 yang join taekwondo, aku tengok ade je yang jenis, lemah gemalai pon ikut join. Setakat ni, takde lagi aku tengok dieorang semua bertukar menjadi raksasa atau seangatan dengan nya..

Bagi aku, taekwondo ni boleh di jadikan satu exercise jugak. Sebab dia juga melibatkan kaki dan tangan. Takde lagi aku tengok orang bersepak tak bertumbuk or bertumbuk je tak menyepak. Tak balance lah gamakknya. Dan, menjadi satu kebiasaan, bila dah join taekwondo, confirm akan ada lebam sana sini. kalau takde tu memang tak sah lah. Aku siap berparut lagi kat tangan. Gara2 nak pecahkan papan, last2 tangan aku yang pecah. Husband? Awak dapat diskaun sikit tok wang hantaran sebab tangan saya dah berparut.. hahaha

Macam2 pengalaman aku bila join taekwondo ni. Setakat ni, selain dari tangan berperut, pernah lah, lepas SPM dulu, pergi training, kena lawan dengan anak buah aku, last2, kena tumbuk, berdarah mulut aku. hahaha Sumpah lawak aku rasa time tu. tu ajelah peristiwa berdarah aku selama join taekwondo. yang lainnya banyak lebam dan bengkak..

Ala, mula2 memang la nampak scary. Bila dah join, best gua kasi tau. Aku memang sangat2 obses dengan taekwondo, sampaikan pernah aku bergaduh dengan soulmate sebab dia suruh aku stop dari mencederakan diri sendiri. hahaha Tap aku still tak nak dengar, lama2 tu, lepas kes tangan aku berparut tu, aku dengar lah cakap soulmate, stop training, ditambah pulak dengan busy with assignment, quiz, test semua..

Dan sekarang ni, dah tak busy, duk menganggur je kat rumah. Terasa rindu nak training balik. Tersangat2 rindu lah katakan. Sampaikan kadang2 tu, terpraktis pulak kat rumah kan. Adik2 aku buat hal, kena lah korang. Jahat betul perangai. Tapi kan, even aku ada black belt, tapi aku jenis kesian kat orang, nak attack orang tu, rasa tak sampai hati. Tapi kalau dah teruk betul orang tu attack aku, takde hati dan perasaan dah aku attack kau balik.. hahaha

Pernah waktu sekolah dulu, 3 kali jugak lah aku jadi pengadil untuk tournament. Waktu tu, masyaAllah, macam2 gaya aku nampak. Sebelum ni, aku yang duk huhahuha, bantai orang. Bila jadi pengadil, tengok orang duk lawan, nak tergelak pon ada aku rasa. Tu yang tak agresif, kalau yang terlebih agresif, ada je dia terajang budak laki tu, sampai terpelanting atas aku. Kau ingat aku ni tilam?? Boleh kau landingkan budak tu atas aku.. huhuhu

Pengakhiraannya, boleh lah scroll gambar2, detik bersama budak2 taekwondo UiTM Machang. Yang waktu sekolah dulu, tak sempat snap, sebab tak reti nak bergambar lagi time tu.. hahaha







Seriously, aku nak ajar korang satu cara jahat. Bila korang join taekwondo ni, korang boleh lepas geram kat sape2 dengan caranya. Bila korang bertumbuk, bersepak, imagine muka orang yang korang asa nak tumbuk2 je, then kau tumbuk la, sepak lah sebanyak mana korang nak. hahaha Jahat kan? tu yang best sebenarnya. Tapi, bila dah ada ilmu, jangan di salahkan guna kan or riak dan takbur. Yang tu sangat2 lah penting. Tujuan taekwondo adalah, mempertahankan diri. Kalau ada musuh tu, kalau boleh cabut, korang cabut lah dulu. Kalau takleh nak cabut, baru lah korang lawan dengan apa yang korang belajar. Dan seharusnya korang ingat, musuh kita yang sebenar adalah diri sendiri.. Wassalam.. 




2 comments:

  1. eleh..poyo je..
    time sparring tu xde pon yg byg2 muka,lepas2 geram tu,senyap je..haha.

    #mat

    ReplyDelete