Sunday, May 5, 2013

Sabar itu indah hasilnya

Assalamualaikum..



Dekat2 nak maghrib ni, apa kata kita bermotivasikan diri dengan apa yang kita tahu, dengar dan lihat. Bak kata motivasi Celik Hati setiap malam khamis, ada, bagi dan terima. Sekarang ni aku rasa nak bercerita tentang sabar. Dalam kehidupan ni, tak semestinya selalu happy right? Macam aku sekarang ni, di timpa ujian. Dan aku memerlukan banyak kesabaran. Dari mana datang kesabaran aku tu??? Dari berfikiran positif dan dari berdoa kepada Allah SWT.





Perempuan di lahirkan dengan hati yang lembut. Even korang tengok aku yang ganas semacam, macam takde hati dan perasaan, tipu dan tipu dan penipu lah aku ni, kalau aku cakap, aku tak menangis bila Allah turunkan ujian untuk aku ini. Kalau depan korang aku happy, depan korang aku bergelak tawa, tu bukannya bermaksud yang aku ni takde masalah. Takkan lah aku nak menangis, meratap, meroyan depan korang. Of course aku pendam semua tu sorang2..


Aku cuba kuatkan diri aku ni, walaupun lemah macam mana aku rasa. Banyak kali aku down, tapi tak ramai yang tahu. Aku pendam sorang2, aku nangis sorang, kadang2 boleh di katakan tiap2 malam aku nangis. Dan aku anggap, bila aku nangis, tangisan aku tu dapat legakan aku, dan aku anggap semua tu penawar untuk dosa2 aku..



Kadang2 bila aku lemah, aku cuba bangkit dan anggap, masalah yang aku hadapi ini adalah ujian dari Allah, dan ujian yang Allah berikan ini jugak adalah sebab dari dosa2 yang aku lakukan mungkin. Dan aku kena hadapinya jugak, kot2 mana pon. Aku pun sama macam perempuan yang lain, tak boleh nak lari dari airmata, tapi bila di fikir2 kan balik, kalau aku menangis je, sampai boleh wat swimming pool dah airmata aku, tanpa cuba untuk move on dari masalah tu, takkan dapat settle pon..


Kita tak boleh nak lari dari masalah, dan kadang2 tu, tak mudah untuk kita selesaikan masalah tu. Tapi, kalau kita yakin Allah ada dengan kita, insya Allah, kita akan boleh bersabar dan dengan sendirinya, tanpa kita sedar, masalah tu hilang. Ada lah someone tu tegur aku, " hidup kau ni happy je aku tengok memanjang, kau takde masalah ek? " 

Boleh di katakan hari2 masalah datang kat aku, tipu lah kalau aku cakap aku tak pernah mengeluh. Pernah jugak sampai aku down sangat2, meroyan macam orang takde iman di sebabkan masalah. Tapi, aku cuba terapkan kesabaran dalam diri aku ni. Okay, memang lah, poyo je rasa ayat tu kan. Aku takde kat tempat korang, dan aku takkan daapat rasa apa yang korang rasa kan..

Mana korang tau aku tak rasa pe korang rasa? Kalau aku tak bagitau, memang lah korang tak tahu. Yang korang tau, aku ni macam manusia yang takde masalah je kan??

Tak semua tahu, apa masalah yang aku hadapi. Dan ingat aku macam takde masalah. Korang tau tak? Penat kott, aku rasa, tanggung benda ni sorang2, rasa macam, kalau berat aku 50kg, 30kg tu adalah masalah aku, 20kg je diri aku. Diibaratkan macam tula. Kalau ada masalah tak perlu di tunjuk pun takpe lah. Tapi jangan lah fikir, bila aku always gila2, macam aku ni takde masalah. Aku pun bermasalah jugak macam korang. Lagi teruk dari korang, mungkin???


Apa yang penting, percaya pada kuasa Allah dan berdoa lah pada Dia yang mampu mengubah takdir hidup kita. Renung2 kan, dan selamat beramal.. hehehe Wassalam.. 

1 comment:

  1. Kak shill follow naa balik - http://sharifahamarina.blogspot.com/ :)

    ReplyDelete