Wednesday, October 21, 2015

Curang



Assalamualaikum. Topik hari ini adalah curang. Curang memerlukan kerja keras. Kena padam semua mesej, sentiasa lock phone, kena fikir ayat untuk tipu, bagi aku terlalu susah, jadi aku memilih untuk setia. Ececeyyy cliche sangat. hahaha Kenapa nak sangat curang. Tak paham betul aku dengan manusia yang suka curang ni. Senang nya, aku tak payah couple tak yah pikir nak curang dan tak payah pikir bosan nya nak setia. Bila single ni nak berkawan dengan sape pun orang tak boleh nak kesah. Because i'm not your. hahaha

Tapi macam mana kalau suami aku nanti curang?? Aku tak dapat nak gambarkan. Terkelu dan berfikir. Why this happen to me?? Why why?? Tell me why why why?? Dan sekarang aku tak dapat jawapan dari why why why yang banyak tu. So apa kata aku sambung kerja. Ada idea aku taip balik. hahahha Kwangjakkk sangat rasa diri ini. Okbye.

Saturday, October 17, 2015

DEWASA

Assalamualaikum. Lama giler rasa tak menaip blog nie. Dulu kemain gila excited nak menaip. Bila dah besar nak menaip setahun sekali belum tentu. Last aku menaip tahun lepas. And sekarang dah nak akhir tahun. So setahun sekali la ye agaknya blog aku nak di taip. huhuhu Sometime rasa macam dah nak delete blog ni tapi kadang-kadang datang rasa macam sayang lak even menulis pun jarang-jarang. hahaha Tapi rasanya why not teruskan menulis dan menaip even setahun sekali je at least ade jugak memory dalam google ni ye dak. hahaha

So, about dewasa? Kau rasa kau dah dewasa ke? Sampai rajin nak menaip tentang dewasa. hahaha Actually tak pun. Aku pun tak pasti dewasakah aku ini pada tanggapan orang lain. But pada tanggapan aku pulak, wey aku dah besar lah. Umur aku dah meningkat dari tahun ke tahun. Kawan-kawan aku mostly dah kawin, baru kahwin and akan berkahwin. Dan aku? Aku dah 23 tahun kot. Bila nak kawin nie?? Kalau boleh tak nak lah umur dah 25 baru pikir nak kawin. Hey lelaki boleh lah. Ok aku tahu sekarang nie orang perempuan yang berkerjaya mesti kawin lambat right? Tapi aku bukan macam tu. Aku nak kawin awal. Bukan sebab gatal. Ok fine adelah gatal tu sikit kan. hahaha Tapi sebenarnya sebab rasa nak ade tanggungjawab as a wife and a mother. hahaha Tapi tula takde lelaki lagi yang sanggup nak kawin dengan aku, dalam erti katanya jodoh tak sampai lagi. Dah nampak someone yang nak serius tapi the point tu aku tak rasa aku nampak lagi. Yes aku nampak usaha dia tapi... krik krik krik camtu lah kan. hahaha Ok stop about MARRIED and proceed with PARENTS.

Parents? Abah ibu. Yes, sekarang aku duk jauh dengan dorang. Bila dekat asyik nak gaduh je ye dak. Especially with my mrs ibu. Kalau bab merajuk dengan ibu aku lah juaranya. Kalau bab mengila dengan ibu pun aku lah winner. Semua kawan-kawan cakap aku dengan ibu aku dah macam kawan-kawan. Sebab my mrs ibu sangat sporting. Tapi kadang-kadang ada jugak perselisihan paham dengan ibu sebab yelah aku kan anak yang degil. Manjang melawan. Tolong jangan ikut perangai aku ni. hahaha Tapi tula bila dah jauh rindu sangat dekat dorang. Tapi nak buat macam mana. Aku ada kat Langkawi ni pun nak carik duit nak tolong parents aku. Kalau bole adik-adik aku nak support semua. Tak nak dah abah ibu aku kerja berat-berat carik duit untuk kami. Aku dah besar, aku dah dewasa, aku akan carik duit untuk family.

Itulah dewasa maksud aku. Dewasa nya aku untuk tolong abah ibu aku. Untuk tolong adik-adik aku belajar. Dan tengok adik-adik aku dewasa dan kami semua tolong ibu abah. Dulu aku suka carik duit. Aku suka kerja merata-rata asalkan aku dapat duit. Tapi masa tu mungkin sebab aku tak cukup dewasa sampaikan duit yang aku dapat semua tak tahu hilang ke mana. hahaha Aku kerja dulu bukan reti nak bagi duit kat parents. Belanja benda bukan-bukan tu betul. Tapi kalau tak silap ada jugak duit tu aku guna belanja family aku makan. Tapi nak bagi untuk dorang belanja diri dorang sendiri tu aku rasa takde kot. hahaha Gila teruk perangai aku. Adeiii Sampai lah aku dah mula kerja kat mydin. Kerja sebagai cashier. Aku bagi gak kat abah ibu aku. Tak banyak tapi aku cuba gak bagi janji dorang redha dengan apa yang aku buat. 



Itulah impian aku. Impian aku nak berbagi rezeki yang aku ada untuk mereka. Sebab mereka yang ada dengan aku susah dan senang aku dulu. Dan aku berharap aku dah dewasa untuk berpikir semua ini dan aku harap sangat-sangat lah aku tak lupakan kedua ibu bapa aku. Sekarang nie aku rasa alhamdulillah sangat aku mampu bagi duit kat parents aku tiap2 bulan. Kalau balik Kelantan aku mampu belanja family aku pakaian dorang. Belikan kelengkapan dapur kat rumah. Beli ubat or supplement kat abah dan ibu. Awal-awal adik aku belajar dulu aku boleh bank in kan duit. Aku terpaksa keluarkan duit saving aku semata-mata nak tolong repair kereta abah aku. Taknak abah aku pikir nak carik duit. Dekat RM3000 jugak aku keluarkan saving aku semata-mata nak tolong abah repair kereta. Bagi orang lain tak banyak tapi bagi aku banyak tu weyy. Ingat senang nak kumpul?? Kalau kereta tu rosak lagi memang aishhh aku jual kau kan kereta. hahaha Biasa lah kereta pun nak belaian kasih sayang, tak pernah-pernah rosak tetiba se das sampai beribu riban kau bagi ye. hahaha 

Aku kesah sebenarnya bila aku dapat gaji aku balik kelantan aku berabis gaji aku untuk beli something kat dorang dan untuk bawak dorang berjalan-jalan. Aku kesah semua tu. Aku mesti berpikir eh aku habis cuti ni aku nak balik langkawi nak makan pe? Sementara nak tunggu next gaji. Tapi bila pikir-pikirkan balik aku puas dapat bagi semua tu kat dorang. Aku tak kesah berabih duit kat dorang. Janji aku rasa puas aku rasa lega aku rasa happy sangat-sangat tengok dorang pakai baju yang aku beli, makan yang aku belanja. Semua tu memang kepuasan sangat-sangat sampai duit dah takde tu aku boleh lupa sekejab. Tapi balik Langkawi nak tunggu dapat next gaji memang berjimat cermat lah. hahaha Tapi aku tak kesah janji dapat bahagiakan dorang walaupun sikit. Bukannya selalu. Aku nak bagi lebih-lebih aku tak mampu. Tapi aku cuba bagi setakat aku mampu. Itulah dewasa yang aku cuba sampaikan. Orang lain punya dewasa aku tak tahu lah. hahaha Aku nak kan dewasa nie berterusan even dah kahwin nanti. InsyaAllah aamin. Ok bye ! :)






Sunday, May 11, 2014

Tabahnya Wanita




Assalamualaikum. Lama betol aku rasa tak update blog ni. Dah nak masuk pertengahan tahun baru dah. Teruk nau perangai kan. Busy mengalahkan pm. hahaha Actually, aku rasa malas taap gaban untuk on9 pakai laptop sebab laptop aku nak kena masuk wad da sepatutnya. Dah 4 tahun pakai tak pernah pegi format pun. Nanti dah kaya aku format kau wahai toshibaku okey. Jangan merajuk2 dan jangan sedih2 tau..

Dan untuk hari ini aku ade satu story yang aku rasa aku kena updatekan di sini untuk aku baca balik one day nanti sebagai pengajaran untuk aku atau orang terdekat aku. Ecehhh betoi lah. Dua hari semalam masa aku jaga hotel wardah yang tetiba full room lak kan sebab HUSM de wat interview, datang sorang akak ni nak check in bilik single. Masa nak buat bil tu tanya la dia,  " cik ke puan? " Dia pun jawab, " puan, tapi sorang je "  Aku rasa ayat dia macam pelik sikit tapi aku malas nak banyak soal sebab nampak akak ni macam tak ramah je kan. Malam tu masuk dia nak masuk bilik nampak la husband and anak dia naik sekali. Aku macam, lahh, dah kawen rupanya. Anak dah macam taska kot..

After tu dia datang la tanya de cermin ke tak, pastu sempat cakap sikit2 ngan dia. Tanya la dia datang interview jugak ke kan. Pastu dai cakap tak, ade keje sikit. Tanya la dia husband ngan anak akak tidur mana. Dia cakap tidur rumah mak dia. Aku macam oh pelik. Maybe akak ni de keje dekat2 ni kot kan. Busybody pulak keje aku ni kan. Biar la akak tu, kau sibuk asal ek shila??

Keesokkan pagi akak tu call aku cakap nak tambah bilik, aku cakap ok la. Terpaksa la aku tidow hotel malam tu sebab takut gak akak ni takut sorang2. Dia dala pompuan kot. Bilik semua dah check out. Bilik pun tak kemas lagi yang da check out, so aku tak bukak la hotel arini tok orang check in ke hape. Lepas maghrib tu aku pegi then mesej akak tu cakap aku dah kat bawah untuk buat bill kan. 

Masa aku turun nak order makan kat bawah, nampak la akak tu tengah makan sorang2. Tegur la dia sambil2 tunggu order ni. Pastu eh bole jadi kawan pulak kan sambil2 duk borak tu. Yang aku ingat mula2 nak makan kat bawah pun tak jadi sampai makan terus kat situ. Nama akak tu kak ain. Tanya dia tujuan dia datang sini kan. Sebab dia cakap dia datang dari KL. Dia cakap dia datang sini sebab de kes makhamah. Aku punya tanya " akak polis ke " . Dia cakap tak. Kes masalah rumah tangga. Okey, aku terkedu. Kenapa aku bangang sangat jadi peramah ni. Kang tak pasal2 wat akak tu stress. Tapi sape tak kenal aku, blur2 pegi tanya lagi, habis yg semalam tu sape? Dia cakap anak ngan laki dia. Aku cakap la, nampak ok je. Dia cakap la, memang kitaorang okey, bercerai cara baik..

Aku punya tak percaya, selalu aku tengok kat tv je problem macam ni. Sekali dengar betol dari2 telinga aku ni. Tapi yang aku respect dengan akak ni, dia punya rilex bercerita kat aku tu macam, eh tabahnya akak ni. Ade gak bagitau dia camtu, dia cakap, memang ar tabah, cuba kalau sorang2. Okey, aku memahami. Akak ni cakap dieorang kawin dah 5 tahun, tapi macam dah tak serasi dan akak ni mintak cerai. Husband dia taknak lepas sebenarnya, tapi sebab akak ni selalu mintak so ex husband dia terpaksa lepaskan. Akak ni adalah citer pasal problem kenapa dia mintak dilepaskan. Dan aku tak nampak sangat akak ni salah ke apa, dan kes ex husband dia pon tak berat gak, tapi mungkin akak u dah tak sanggup ke kan. Yang penting ayat dia aku ingat. " Mungkin kalau jodoh akak dengan dia kuat, kami akan kembali balik, tapi untuk akak carik penganti kawin dengan orang lain akak rasa fobia jugak la "

Seriously, aku bangga dengan akak ni. Kagum sangat2 bila hak penjagaan anak dia tu pun ex husband dia yang ambil. And malam tu, dia siap ajak tidur bilik dia lagi. Memang sakan la kami berstory2 kan. Akak ni memang terbaik la borak2 ngan dia. Aku ingat lagi, dia suka bahasakan diri dia "kita" Tadi pun dia dah check out balik kl pon ngan ex husband dia. Tapi dia duk belakang la, anak dia kat depan. Aku suka tengok akak ni, borak2 dengan dia semalam sampai ttdow. Pastu masa dia nak check out pagi tadi, dengan aku tak mandi ni dia peluk2nya aku. Eh segan tau kite. hahahhaa  

Conclusionnya, aku kagum sangat dengan akak ni. Walau dia dengan ex husband dia bercerai, dieorang masih lagi bole berbaik leklok. Aku harap akak ni tabah. Dan aku sentiasa doakan yang terbaik untuk akak ni. Kalau jodoh mereka kuat, biarlah mereka bersatu balik dan masalah mereka dapat diselesaikan. Akak ni datang settle hal cerai dia kat sini sebab kat sini cepat, kat kl lambat katanya. Tapi memang aku respect akak ni. Rasa macam kejab je dapat borak ngan dia. Datang KL nanti mark dah nak jumpa akak ni lepak sama2, serius best lepak dengan dia. Semoga akak lebih tabah mengharungi hidup baru. Fighting !